Tuesday, May 04, 2010

ujian utk aku

alkisah friday lepas, after peluk cium n sayang si hubby di airport penang, aku n anak2 meneruskan perjalanan balik ke kg...budak2 seperti biasa le, masuk aje keta pasti lena..nak jd cerita, dlm pertengahan perjalanan,keta aku di'over take' sebuah motor...laju yg amats..sebelah kiri lak tu..di lorong emergency (aku di lorong kiri ikut belakang treler n agak jauh kebelakang cik viva ada few kereta)...tiba2 aje aku nmpk motor tu teberhenti dgn mengejut,mcm melompat pun ada..exactly sebelah kiri treler...terguling-guling penunggang motor tu ke belakang n meanwhile motor dia terlepas terpelosok bawah treler yg sedang bergerak betoi2 di depan aku...Ya Allah..terkejut n terkedu aku..Sesungguhnya Allah masih menyayangi aku n anak2...nasib baik treler depan aku tu tak brek mengejut...kalo idak,pasti cik viva akan terpelosok sama bawah treler yg besar itu..n nasib baik gak aku tak terbelok kiri (panik katakan)..kalo idak kompom penunggang tu terpelesok di bawah cik viva...semua berlaku dlm sekelip mata aje..yg aku tau lepas tu aku berada di lorong kanan,overtake treler sementara treler tu melenyek n meranapkan motor di bawahnya..few serpihan terkena pada cik viva...

menggeletarkan tangan aku memegang stering cik viva..sejuk satu badan jadinya...aku tak tahu apa yg patut aku buat...nak berhenti ke apa? aku pandang di cermin pandang belakang n aku nmpk treler tu dah berhenti sepenuhnya di lorong kecemasan..mcm2 dlm fikiran aku...getar di tangan tak hilang2 lagi..aku gagahkan bawa cik viva n berhenti rehat di hentian sebelah selepas tu...agak lama aku berhenti utk tenangkan diri ni..ntah apa nasib penunggang motor tu..yg aku tau dia mmg tergolek teruk...banyak round aku nmpka dia berpusing dibahu jalan...harap2 nasib dia lg baik dari nasib motor yg ditunggangnya...nasib baik anak2 tido lena...kalo tidak tak tahu aku mcm mana nak explain or hilangkan trauma ni dari fikirkan anak2 aku...

selepas getar di tangan n sejuk di badan hilang, aku meneruskan perjalanan ke kg..lega selega-leganya bila selamat tiba di rumah ibu tersayang.

itu cerita yg pertama, cerita kedua menyusul pula pada malamnya...al kisah mlm tu lepas berBBM bersama hubby(lebih kurang 12+++ gak rasanya)..aku tido dgn memadamkan lampu bilik(aku tak suka tido bilik terang2)..ntah brp lama lepas tu,tiba2 aku rasa something...aku tak tau macam mana nak explain...yg aku tau ada something dlm bilik tido aku tu..berpusing di dlm bilik,seolah-olah memerhatikan aku....aku tak boleh buka mata..badan boleh bergerak but kelopak mata aku bagaikan digam...Ya Allah...another ujian utk aku..tak sampai 24hrs hubby pergi (hubby pun tak sempat sampai di US lagi..baru aje tiba di Singapore )....mcm2 surah n doa yg aku baca...sambil membaca tu aku berdoa di dlm hati agar 'benda' itu tak mengacau anak2.."Jangan kacau anak2 aku, jangan kacau anak2 aku..Ya Allah tolong la aku"....Alhamdulillah around 5mins after tat, aku berjaya membuka mata...meremang bulu roma n tengkuk aku ni...buka aje mata trus aku lompat bangun dari katil n buka lampu bilik...agak susah aku nak memejamkan mata selepas itu..nasib baik tiada gangguan dah selepas tu...sejak malam tu, aku tido dgn membuka lampu bilik di rumah kampung...aku tak berani okay...

itu la cerita aku..now aku menghitung hari kepulangan hubby kepangkuan..macam2 benda berlaku bila dia tiada di sisi...lama sungguh masa berlalu aku rasakan.. anyway,thanks to BB sbb 'mendekatkan' aku n hubby walaupun dia berada di benua yg lain..TQ cik BBM..

p/s=nasib baik la ada anak saudara yg sedang bercuti utk temankan aku n anak2 sekarang..

No comments:

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers