Wednesday, January 30, 2008

citer bibik lagi

Ptg semalam lepas balik dari lunch, hubby called aku..bgtau bibik buat hal di kg…al-kisah dia kena sengat penyengat..then dia buat mcm lupa diri..kejang tangan n kaki semua….trus aku ajak hubby antar aje bibik balik ke agent, that day jugak…terpaksa ler aku n hubby ambik half day semalam…

sampai aje ke rumah..mak aku bercerita..lepas kena gigit penyengat..bibik ok lagi..dia boleh makan, mandi semua…n boleh keluar menyapu sampah lagi..ntah camna, lepas tu dia buat hal..kengkononnya kena ‘sampuk’ le tu…kelam kabut semua orang di sebabkan dia..kejang kaki tangan n siap muntah2 lagi tu…aku jenguk ke dlm bilik dia, dia tgh baring atas katil..siap ikat rambut mcm orang dlm pantang tu…muka mcm sakit giller…b4 balik kg, aku dah call mak aku..bgtau suruh bibik bersiap-siap..aku nak antar balik aritu jugak…but then bila aku sampai rumah..xde benda pun yg siapkan lagi…mengamuk ler aku…since bibik ‘sakit’, si asih (bibik mak aku) ler yg menolong mengemas semua sambil mengangis-nangis (asih ni terlalu percayakan bibik..aku dok nampak bibik selalu memperbodohkan asih..dlm rumah tu, nearly 80% kerja asih yg buat)…

Masa nak masuk kereta, berlaku ler drama sedih…si bibik2 pakat menangis semua..even jiran mak aku si mak su yah pun dtg menjenguk..bagi duit sikit dekat bibik utk bekalan...

Masa dlm keta, aku n hubby bersembang psl bibik..kesian gak dekat bibik..takut nanti agent balas semua duit gaji bibik..so kitaorang bercadang nak tgk keadaan camna bila sampai pejabat agent…if kitaorang nampak cam agent ada gaya2 nak kenakan bibik, kitaorang akan bawa balik bibik and arrange sendiri utk dia balik ke Indon….

Bila sampai di SP, aku berhenti di stesyen minyak utk withdraw duit gaji bibik..masuk aje dlm keta bibik terjaga dari tidur trus bertanya..ke mana kitaorang nak pergi..aku jawab ke agent..dia boleh kata dia xmo balik agent…dia nak pergi ke Genting Highlands!!. Terkejut aku n hubby…bila masa plak aku kata nak hantar dia ke Genting Highlands….aku bgtau dia…mana boleh hantar dia ke genting highland...kalo dia nak keja di situ..dia kena balik Indon dulu..lepas tu di Indon, dia boleh call kawan dia di Genting Highlands utk tolong dia...kitaorang x akan hantar dia ke Genting Highlands (masa ni baru aku teringat time aku tny dia on Sunday whether dia nak keja or not…dia kata x nak keja…so aku assume dia nak balik indon..rupa2nya dia x nak keja dgn aku..dia nak keja di genting highlands dgn kawan dia !!!!!)

Sampai di pejabat agent…aku trus turun berjumpa agent....hubby betoi2 x puas hati dgn bibik..boleh berlakon sakit semua…lepas tu pandai2 nak suruh kitaorang hantar dia ke Genting Highlands..giller…n yg lagi menyakitkan hati aku…semasa agent bertanya dia sakit apa…dia kata dia sakit kepala..then agent tny why x minta ubat sama majikan..dia diam aje…lepas tu agent tny dia nak apa sekrang…dia boleh bgtau agent dia nak majikan baru!!...lepas tu agent kata kalo majikan baru, dia akan kena potong gaji lagi 6 bulan..trus dia kata dia nak keja dgn aku balik…banyak cantik muka diaaa….aku betoi2 ‘hangat’ semalam…agent pujuk aku reconsider utk ambik bibik balik…aku kata xmo..then agent suruh tinggaikan bibik dgn dia dlm 1 week utk dia ‘cuci’..next Saturday dia suruh aku dtg ambik bibik balik…aku diam aje…

Lepas tinggaikan bibik dgn agent, aku, hubby n anak2 singgah di Giant SP..membeli serba sedikit barang…masa dlm keta kakak n adik tnykan bibik..mana bibik…pastu aku jawab bibik nak balik indon....then kakak bgtau dia sayang bibik…aku n hubby bgtau kakak, kitaorang rasa bibik x sayang kakak n adik…sbb bibik x mahu dah jaga kakak n adik..bibik nak keja dgn orang lain..nak jaga anak2 orang lain…kakak diam aje pastu kakak salah kan adik..kakak kata sbb adik la nak dukung selalu..sbb tu bibik dah xmo jaga diaorang…aku kata bukan sbb tu..just bibik nak keja di tempat baru..anyway, kakak n adik masih ada bibik asih…n nanti kakak n adik dah nak pergi school..so x payah bibik dah….aku rasa kakak faham apa yg aku n hubby cakap…adik pun x cakap banyak semalam..just masa dlm keta, adik cakap adik mengantuk n adik nak balik tidur di rumah tok…huhuuhuu…kesian anak2 aku….

sampai di rumah aku bercerita dekat mak aku n also asih…aku tgk asih sedih giller bila di tipu bibik..dia kata dia x sangka..dia ingat bibik betoi2 sakit n dia punya ler mengangis giller bila aku nak hantar bibik balik…sbb sayangkan bibik, asih hadiahkan kain batik dia utk bibik…huhuhuu…teruk kan…...even dgn kawan senegara sendiri dia boleh menipu…anyway…semalam mak aku dah cakap x perlu ambik bibik balik..even aku n hubby pun dah sepakat yg kitaorang x akan ambik si penipu itu balik…..biarkan dia…kitaorang dah x kisah apa nak jadik dekat dia….

2 days ago,aku manage to talk dgn guru di Tadika Epal…owner dia Indian but kawin dgn singaporean….. ramai bebudak melayu kat situ..makanan pun dia kontrak dari makcik yg dok menjual bawah pokok kelapa sawit yg famous dgn ikan bawal goreng tu…sbb cucu makcik tu pun duduk di situ juga…so far utk kiddy ada dlm 40 orang budak..but utk daycare just ada around 3 budak aje….so kalo campur anak2 aku..just 5 orang aje …..xde ler ramai sgt kan…anyway…aku n hubby blom pi tgk tempat tu lagi…cadangnya hari sabtu pagi ni baru nak pi melawat…daycare dia from 7.40am till 6.30pm…but dia kata if aku balik lewat ke apa..boleh ler call diaorang..asalkan jgn selalu…

Hopefully lepas ni xde masalah dah le..aku just risaukan anak2 aje…n satu lagi, once hubby masuk keja shift,..berani ke aku duduk di rumah juru tu bertiga dgn anak2 aje di waktu malam...huhuhuuu

p/s: dear hubby, if ada masalah lagi after this..i resign aje ler yer sayang?...wakakakakakakaa

1 comment:

iamja77 said...

yo yati.. aku follow up gak ngan citer bibik ko nie. huhuhuh.. sabo je la ekk. nie bibik yg kami jumpa masa kat rumah hanis tu la ekk. adeh.. dah lupa ruper dia cemana.

apa2 pun, aku harap permudahkan segala urusan ko dan keluarga. insya'allah ok kot kakak dan adik kat nursery tuh.

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers