Monday, November 05, 2007

1st hurdle

Aku telah berjanji dgn hubby…aku akan update blog ini setiap hari supaya hubby dpt mengetahui apa yg berlaku pada kami sekeluarga di Msia…

Tapi peristiwa yg berlaku pada hari ini membuat aku berfikir 2 3 kali…takut hubby x dpt tumpukan perhatian pada kerja dan asyik risau kan kami sekeluarga di
Msia…even mak aku pun menasihatkan aku supaya x memberitahu hubby..but then aku rasa hubby berhak mengetahui apa yg berlaku…TAPI aku amat berharap hubby x risau mengenai apa yg berlaku dan sebaliknya menggunakan semua ini sbg pembakar semangatnya utk memberi 110% commitment towards his work and also remember that we all (especially me) sangat2 berharap agar segala pengorbanan dan apa yg berlaku ini “berbaloi”…

Ptg tadi aku bawa anak2, bibik2 dan mak ke Juru autocity…mula2 pergi ke “ceti-bank”..membayar hutang (apa lagi kan) dan juga ke Wartel- memberi peluang kepada bibik2 utk bercakap dgn saudara mara mereka di Indon….around 4:50pm,hanim sms aku yg dia dah sampai ke rumah aku di Juru..so bergegas aku ke sana..sampai aje di rumah..aku trus membuka pintu..aku dah warning dekat hanim & bibik2 yg rumah berselerak as hubby telah “memporak perandakan” barang2 haritu sbb mencari charger bateri cameranya..masuk aje kedlm rumah hanim menegur .."amboiii…apa yg paksu carik sampai berselerak begini?”…



Aku tidak perasan apa2 lagi..ntah apa dlm otak aku ketika itu…then hanim bersuara lagi.."hampa x pasang pili paip lagi ke dekat sinki hampa?”…aikkkkkkkkkkk..pili memang ada..habis duit aku n hubby beratus ringgit utk pili itu aje..…then baru aku memerhati keadaan sekeliling…

Ya Allah…rumah aku dah dimasuki pencuri…habis berselerak tarak rumah…tombol pintu bilik bibik dah di kopak buang…segala kotak2 di dlm bilik itu juga di buka dan di geledah…trus aku menjerit pada hanim utk naik ke tingkat atas..check keadaan di atas….confirm…2 tombol pintu bilik di atas juga di cabut oleh pencuri yg x berguna itu…bilik2 di atas juga di geledah…

Terdiam aku seketika..lepas beberapa ketika trus aku capai kunci kereta…aku tarik tgn hanim .."jom ikut aku pi balai polis”..at the same time juga aku menjerit pada bibik2 agar tidak mengemas or menyentuh apa2 di dlm rumah itu……dlm perjalanan ke balai polis, aku menelefon uncle chew (orang yg bertanggungjawab memujuk aku n hubby membeli rumah tu..dia juga yg menguruskan pembinaan tmn itu)….

Aku :uncle chew..this is yati…I yg beli rumah no 14 tu…
Uncle chew : yes yati…
Aku: uncle…rumah I kena masuk pencuri.. *hampir menitik air mata ni waktu tu*
Uncle chew: What !! yesterday around 5pm I ada gi round2 dekat rumah u…grille..pintu..semua ok
Aku: uncle..i don’t think pencuri tu masuk ikut pintu..semua pintu depan, belakang n grille I ok..i suspect dia masuk ikut tingkap master bedroom..i notice grille master bedroom terbuka..b4 that hubby I kunci *memang kami kunci but then kami terlupa satu benda..kami terlupa letak padlock dekat kunci tu..so senang aje orang nak masuk..buka tingkap n tarik aje kunci grille*
Uncle Chew: ohhhhhhh..
Aku: now I am on the way to the police station..i nak buat report
Uncle Chew: okay..see u afterwards

sampai aje di balai polis Bukit Tengah ..baru aku sedar aku tertinggal wallet aku di rumah juru….segala duit ic ada dlm tu…"cu duduk buat report dulu..biar anak pergi ambik wallet cu”…alhamdullilah..nasib baik ada hanim yg menemani aku…habis aje logged report..hanim pun tiba dgn harta karun aku..lepas bercakap dgn officer in charge..aku n hanim trus tuju ke rumah juru kembali…

sblm memasuki lorong rumah aku, aku terserempak dgn one Chinese guy..aduhh…lupa plak apa nama dia..dia ni mcm assistant uncle chew juga la..bila uncle chew xde..dia yg in charge…trus aku berhentikan kereta…

Aku: rumah I pencuri masuk
Dia: yes I tau…uncle chew called I tadi…jom pergi rumah u

Sampai aje dekat rumah…chinese guy tu masuk n inspect keadaan dlm rumah…then kami keluar bersembang di luar rumah…baru dia bgtau aku…tadi around 4pm dia ada round2 sekeliling taman…semua pintu dan tingkap rumah2 terkunci…but then now pintu rumah sebelah aku terbuka…tingkap master bedroom rumah tu pun terbuka..so kami membuat conclusion yg pencuri itu mengopak pintu rumah jiran( rumah kosong..dah ada pembeli but xde grille lagi)..masuk ke master bedroom jiran..buka tingkap n trus meniti ke tingkap rumah aku….n semuanya berlaku lepas 4pm n b4 4.50pm…just b4 aku n famili sampai!!!!!!

Tgh bersembang, tiba sebuah kereta..one Chinese family dtg melawat rumah aku…that guy, assistant uncle chew memperkenalkan mereka kepada aku..mereka pembeli rumah blok yg depan…dari Singapore…mr & mrs ong…bersembang lagi kami..mrs ong memberitahu aku yg semalam (dlm 7pm), pekerja mereka kena “rompak”…pekerja Bangladesh mereka tinggai di dlm rumah mereka…menurut that guy, ada 2 lelaki ..dtg memperkenalkan diri sbg Pegawai Polis..blum sempat pekerja Bangladesh itu membuat apa2, salah sorang dari “pegawai polis” itu menumbuk that guy n mereka menyamun segala duit dan hp dia…iskh…iskhhh…
Mr ong juga memberitahu aku yg mereka akan ke pejabat tawakar esok..utk complaint mengenai keselamatan yg teruk di tmn itu..bagus juga…aku pun bercadang utk ambik half day esok n pergi ke tawakar…

Kereta polis tiba dlm 10mins lepas pasangan Ong n famili meninggalkan rumah aku…at the same time uncle chew pun tiba…lepas polis ambik gambar semua..uncle chew pula masuk inspect keadaan di dlm rumah..aku bertanya pada uncle chew mengenai segala kunci2 pintu bilik aku yg rosak..boleh ke mereka ganti as aku x duduk lagi di rumah tu…just letakkan barang aje..then uncle chew bgtau aku..dia dah bersembang dgn bos dia..owner construction co tu…in fact waktu aku called dia tadi..dia tgh minum dgn bos dia..so dia nasihatkan aku pergi ke Tawakar esok…logged complaint n also minta supaya kunci2 itu dig anti..dia suruh aku jumpa ms.kang..adik owner co tu…if ms.kang x agree..dia suruh aku minta utk berjumpa dgn mr.kang personally…dia akan telefon lagi memberitahu mr.kang yg aku akan ke pejabat esok…fair enough….

Lepas semua beredar..aku trus mengarah bibik2 utk berkemas..aku dah x mahu berada dlm rumah tu lama2..lepas kunci pintu..aku trus membawa famili aku ke Oldtown Kopitiam (aku dahaga n need to rest…otak tgh berserabut..lagipun semua orang pun tgh kelaparan as last sekali kitaorang makan around 2pm tadi)…lepas makan n minum baru kami beredar…hanim menuju kearah utara (SP) n aku menuju ke arah selatan (balik kg)….around 8.30pm baru kami sekeluarga selamat sampai di kg…letihnya hanya Allah yg tahu....

Esok aku bercadang utk ambik half day…2nd half day..pagi masuk opis..buat apa yg patut..mengadap bos…n then trus cabut..1st destination will be Tawakar…lepas tu pecut balik kg..ambik biin & leh (anak2 saudara aku) utk temankan aku as aku nak ke rumah juru (nak inspect apa yg patut)..lepas tu baru ke kedai kunci…aku nak carik padlock utk letak di grille master bedroom…uncle chew juga dah berjanji utk menemani aku esok…n aku plan utk membawa bibik2 dan famili aku ke rumah itu cuti deepavali ini..nak kemas apa yg patut..sakit jiwa tgk segala benda yg berterabur..

Walaupun hati ini merasa sedih giller dgn apa yg berlaku (so far aku xtahu lagi jumlah kerugian as aku x sempat check..yg aku perasan just pili paip di dapur tu n also silverware aku-hadiah perkahwinan dari kak kiah..yg tinggal hanya kotak aje..fridge,tv , microwave n computer semua ada) but then aku rasa lega n happy bila semua orang yg aku jumpa, membantu aku sebaik mungkin….Alhamdullilah..

To my hubby…pls..pls don worry about me..seriously…u pun tahu I jenis mcm mana (stubborn n kadang kala menyakitkan hati..heheehee)..i know I can face this..i can do it..and I also ada famili n kengkawan (termasuklah uncle chew) yg boleh I bergantung harap…just I anggap ni semua sbg cabaran utk kita (especially utk i semasa ketiadaan u)…Allah x akan menduga i if Dia tahu i x boleh menghadapinya..setiap benda yg berlaku pasti ada hikmahnya..pls give ur 110% commitment towards ur job..kami (i n anak2) bergantung harap pada u...tapi kalo u nak merindui kami..silakan la yer..hehehee..sbb kami pun rindu dekat u…hehehee..tersentimental value la plak....


bawah ni ada gambar2 yg sempat aku ambik...



dapur....sebelum kejadian



selepas :-( ...notice tak door knob atas breakfast table tu...pili paip pun dah takde..waaaaa



bilik tetamu di tingkat atas...berterabur..geram n sakit hati aku di buatnya

master bedroom..notice tak one of the grille terbukak? bila perati betoi2 baru perasan yg tingkap dah dikupil dari luar

pintu bilik trisyafia...

p/s=catatan ini di buat pada 10pm ,4th Oct 07..aku x dpt nak melelapkan mata.. terkejut lagi gamaknya...

4 comments:

rina said...

adoi... sian hang yati. kuatkan semangat yer... seriau aku baca td.

kaezrin said...

itulah yat..kuatkan semangat ok..dugaan nih sume...

NunuCute said...

fuuhhh....terkezut nunu baca...take care yati...bebyk sabar...and kuatkan semangat ye...

Anonymous said...

hope semua dah settle by now..

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers