Thursday, August 09, 2007

bridge oo bridge..kenapa dgn engkau?

semalam aku punya la berkobar-kobar nak balik kg...nak jumpa dgn anak2 tersayang..tepat jam 5 aku dah blah..gi Giant beli diapers n also barang2 sikit utk kg...on the way nak keluar dari giant..hp aku berbunyi;

hubby: where are u now?
aku: giant..on the way out..nak pi ambik u now..
hubby: bridge jam..kawan i baru called tadi..teruk katanya..
aku: haaaa?...mcm mana now?
hubby: u dtg ambik i dulu..then kita fikir lain

aduhh...sedihnya hati aku ni...so aku gi ambik hubby..masa dlm keta..sambil berfikir ttg other alternative..hubby called kawan dia lagi....ada accident atas bridge..tu yg jammed teruk giller..sana sini jammed..xde other way out dah dari penang...last2 kami gi Tesco aje...sampai di Tesco, called kg..sembang dgn mak aku..bgtau kami sampai lewat..then sembang dgn kakak...explain dgn dia yg kami akan sampai lewat..suruh dia tidur dulu..jgn tunggu kami...so semalam aku berdating dgn hubby di tesco..berkesempatan la jugak aku berjumpa n bermesra dgn geng2 kilang hubby di sana as diaorang pun stuck juga..sama mcm kami...around 9.30pm baru kitaorang keluar dari tesco...nearly 11pm baru kami sampai di kg..anak2 pun dah selamat tidur..aku tidur around 12.30am as dok sibuk kemas2kan barang2 utk keesokan hari...hubby ntah la bila dia tidur since masa aku nak tidur, dia still dok layan tv...

pagi ni bangun awai giller..aku bangun pukui 5 pagi sbb nak kena hantar PIL aku balik ke Sg Ara..diaorang nak balik penang as MIL aku ada appoinment dgn doc ke apa ntah..pasal trip haji dia....keluar dari rumah mak aku around 5.30am..so arini aku jadik orang yg paling rajin di opis..pukui 7 sharp dah tercegat dlm opis...huhuuhuuu...letih dan kecewa sungguh...kecewa sbb x dapat bermain-main dan bersembang dgn anak2 aku...just boleh tgk muka diaorang time tgh tidur..peluk n cium diaorang masa diaorang tidur...itu aje....waaaaaaaaaaa


------------------------------------------------------------------
latest update...ni ler penyebab bridge jammed semalam..iksh..iksh..iskh...(petikan dari harian metro)

Penyerang polis ditembak

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

GEORGETOWN: Seorang konstabel percubaan terpaksa melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki yang 'naik minyak' dan cuba meloloskan diri dalam pemeriksaan polis di atas Jambatan Pulau Pinang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, lelaki itu yang memandu kereta Nissan Sunny kelihatan mencurigakan apabila dua anggota polis beruniform yang menaiki motosikal terserempak dengannya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid, berkata dua anggota polis itu kemudian mengarahkan lelaki berusia 50 tahun itu berhenti untuk diperiksa.
Menurutnya, secara tiba-tiba, suspek bertindak agresif dengan menghimpit motosikal dua anggota polis itu menyebabkan motosikal ditunggangi Lans Koperal Zulkifli Mohd Isa, 42, terbabas dan jatuh di tepi jalan.

"Seorang lagi anggota polis iaitu Konstabel Percubaan Yuhizwan Yusof, 20, kemudian mengejar suspek sehingga menuju ke Jambatan Pulau Pinang dan cuba menahan suspek.
"Apabila tiba di Kilometer 7, Yuhizwan mengarahkan suspek memberhentikan kereta, tetapi suspek tidak mengendahkan arahan itu sebaliknya terus menghimpit motosikal ditunggangi Yuhizwan menyebabkannya terjatuh.

"Pada masa sama, kereta suspek terbabas dan merempuh tembok penghalang jambatan dan ketika itu suspek cuba menyerang menyebabkan Yuhizwan terpaksa melepaskan satu das tembakan untuk mempertahankan diri.

"Tembakan itu mengenai bahu kanan suspek menyebabkan suspek rebah di atas jalan sebelum ditahan," katanya pada sidang media di pejabatnya, malam tadi.
Azam berkata, suspek dan anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).Menurutnya, dalam kejadian itu, Zulkifli hanya mengalami cedera ringan, tetapi keadaan Yuhizwan dilaporkan agak serius.Katanya, berdasarkan siasatan, suspek mempunyai 22 rekod jenayah.

6 comments:

Anonymous said...

laa sian kat hang. awat tak cuba naik feri? ke sangkut gak?

Anonymous said...

feri pun sangkut gak..once orang ramai sedar bridge jam..ramai akan serbu ke feri..sama juga la jadiknya...huhuhuuu..bila la 2nd bridge akan siap :-(

kaezrin said...

kesian la hang yati...

bila ko nak angkut balik anak2 balik duk poenang??? rancangannyer??

Anonymous said...

elin..aku plan once dpt kunci rumah aku kat juru tu..aku nak pasang cctv/camera dlm rumah..pastu baru aku angkut anak2 n bibik duduk sekali...hopefully hujung tahun ni semua leh settle la..kalo boleh nak sambut tahun baru di rumah baru..

Anonymous said...

ingatkan hang dah terlepas sbb aku blk dlm kul 7 lebih pun teruk jam lagi.nasib baik aku naik motor..

yati abdul said...

nasib aku x baik..benda tu start b4 5pm lagi..habis tersangkut semua orang

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers